fbpx

Bayaran pencen pesara diselaras selari semakan gaji penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bayaran pencen kepada lebih 931,000 pesara akan diselaraskan supaya selari dengan semakan gaji pegawai awam dalam Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Zaliha Mustafa, berkata secara dasar pencen diterima pesara dan penerima pencen akan diselaraskan mengikut peruntukan Seksyen 3 Akta Penyelarasan Pencen 1980 (Akta 238).

Jelas beliau, seksyen itu memperuntukkan pencen atau elaun persaraan seseorang pegawai hendaklah diselaraskan sekiranya terdapat semakan gaji kepada pegawai awam yang sedang berkhidmat.

“Justeru, bayaran pencen juga akan diselaraskan selari dengan semakan gaji pegawai awam dalam Kajian SSPA,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Parlimen.

Beliau menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) adakah pencen diterima pesara kerajaan bakal diselaraskan ekoran pengumuman semakan gaji penjawat awam baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dipetik berkata, perincian berhubung kenaikan gaji penjawat awam akan diumumkan sebelum pembentangan Belanjawan 2025 pada Oktober ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, perkara itu penting kerana sudah terlalu lama penjawat awam tidak menikmati kenaikan gaji yang setara dengan kerja keras mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI