fbpx

Asyraf Wajdi minta Mara bantu segera pelajar OKU masuk UIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Amirul Mukmin (tengah) bersama Raja Safari (kanan) ketika ditemui di Kampung Gong Manak, Pasir Puteh, semalam. – FotoTOREK SULONG

PETALING JAYA – Datuk Asyraf Wajdi Dusuki meminta Yayasan Pelajaran Mara (YPM) segera membantu seorang pelajar orang kelainan upaya (OKU) yang memerlukan dana untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu memaklumkan demikian susulan pendedahan Kosmo! berhubung masalah kewangan yang dihadapi keluarga Raja Amirul Mukmin yang menetap di Pasir Puteh, Kelantan.

“Ada netizen yang tag nama saya mengenai berita mengenai pelajar OKU yang cemerlang dalam SPM hadapi kekangan kewangan untuk masuk ke Pusat Asasi UIAM.

“Insya-Allah, Yayasan Pelajaran Mara akan bantu segera dan saya dah minta pegawai saya untuk hubungi pelajar ini” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, beliau juga sudah meminta pihak Mara untuk membantu mempermudahkan kemasukan pelajar yang mempunyai masalah kewangan.

“Untuk pelajar yang mendapat tawaran ke institusi pendidikan Mara dan menghadapi masalah pembayaran yuran. Jangan sesekali tarik diri atau tangguh penerimaan. Saya sudah minta Mara bantu dan permudahkan kemasukan,” jelasnya.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan seorang pelajar OKU yang meraih 8A, 1B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 memerlukan dana sebanyak RM7,000 untuk melanjutkan pelajaran dalam program asasi kejurute­raan.

Bapanya, Raja Safari Raja Ibrahim, 43, berkata, Raja Amirul Mukmin, 18, sudah menerima tawaran program dari Pusat Asasi UIAM, Gambang di Pahang dan akan mendaftar pada 15 Julai ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI