fbpx

Anwar sampaikan sumbangan kepada aktivis reformasi, Tan Rambut Panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farhan (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Chee Hooi di kediamannya, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada aktivis reformasi, Tan Chee Hooi yang kini menghidap penyakit darah tinggi.

Anwar dalam hantaran di Facebook memaklumkan, sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Farhan Fauzi ketika menziarahi Chee Hooi atau lebih dikenali sebagai Tan Rambut Panjang di kediamannya.

“Tiga bulan lalu saudara Tan telah kehilangan anak sulungnya akibat sakit jantung. Malah saya juga dimaklumkan keadaan kesihatan beliau juga tidak begitu baik apabila menghidap penyakit darah tinggi.

“Dalam ziarah ini, saudara Farhan telah menyampaikan sumbangan dari pihak saya bagi meringankan beban kos perubatan dan seharian beliau serta keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut mendoakan agar Chee Hooi diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk meneruskan hidup disamping keluarga tercinta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI