PETALING JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Rozaid Abdul Rahman di Hospital Serdang, hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar memaklumkan bahawa Rozaid kini menerima rawatan ekoran masalah kesihatan yang dihadapi, baru-baru ini.
“Mendoakan agar beliau segera sembuh, dipermudahkan urusan dan diberi afiyah berpanjangan. Saya turut sampaikan pesanan meminta saudara Rozaid berehat seketika sebelum kembali bertugas,” katanya sebentar tadi.
Dalam pada itu, Anwar juga menggunakan kesempatan tersebut untuk bertegur sapa dan bertanya khabar kepada petugas, pesakit dan pelawat di hospital sebelum pulang ke pejabat. – KOSMO! ONLINE