fbpx

Angka penting pilihan raya umum Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PM Britain, Rishi Sunak memberikan ucapan ketika melawat gudang bekalan penjagaan kesihatan semasa berkempen di Stoke-on-Trent, utara England pada 1 Julai lalu. – AFP

Di sini disertakan beberapa angka penting ketika rakyat Britain keluar mengundi dalam pilihan raya umum pada hari ini.

650 Kerusi

Jumlah tersebut merangkumi kerusi yang dipertandingkan di England, Wales, Scotland dan Ireland Utara. Parti yang bertanding perlu menang sekurang-kurangnya 326 kerusi bagi mendapat majoriti di Parlimen.

4,515 calon

Bilangan keseluruhan calon yang bertanding daripada 98 parti politik berbeza. Daripada jumlah tersebut, 459 merupakan calon bebas dan 30 peratus ialah wanita. 

Calon paling muda ialah Pedro Da Conceicao dan Adam Wayne Joseph yang masing-masing  berusia 18 tahun, manakala calon paling tua berusia 86 tahun, John Hugh Morris.

46 juta pengundi

Terdapat lebih 46 juta pengundi berdaftar di seluruh Britain atau United Kingdom setakat Disember 2023, demikian menurut data kerajaan.

Rakyat Britain yang menetap di lebih 15 buah negara juga buat kali pertama boleh mengundi dalam pilihan raya umum kali ini.

40,000 pusat mengundi.

Terdapat sekitar 40,000 pusat  mengundi yang disediakan di seluruh Britain, demikian menurut Kelab Demokrasi.  – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI