fbpx

Agong berkenan terima menghadap Sheikh Al-Azhar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Sheikh Al-Azhar di Istana Negara, hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Imam Besar Sheikh Al-Azhar Al-Sharif, Prof. Dr. Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb.

Menerusi hantaran di Faceboon rasmi, sesi menghadap Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara, hari ini selama satu jam bermula pukul 10 pagi.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Setia Mohd. Naim Mokhtar, Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin dan Duta Besar Mesir ke Malaysia, Ragai Tawfik Said Nasr.

Kelmarin, pesawat khas yang membawa Sheikh Al-Azhar selamat mendarat di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 10.42 malam.

Kunjungan beliau ke Malaysia merupakan rangka lawatan khas selama empat hari sehingga 5 Julai (Jumaat).

Wisma Putra dalam kenyataan juga memaklumkan lawatan khas oleh Sheikh Al-Azhar, yang berstatus Perdana Menteri berdasarkan Perlembagaan Mesir, merupakan detik bersejarah dalam hubungan dua hala Malaysia dan Republik Arab Mesir.

Lawatan itu juga membuktikan pertalian erat dan kerjasama rapat antara kedua-dua negara dalam usaha membangunkan umat Islam yang progresif serta dinamik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI