fbpx

3 projek terima teguran Ketua Audit Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putrajaya. - Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini membangkitkan tiga isu signifikan antaranya melibatkan pengurusan Projek Sungai Nadi Kehidupan.

Turut menerima teguran antaranya, pengurusan program pemerkasaan jaringan dan infrastruktur telekomunikasi jalur lebar serta pengurusan projek dan program di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Jabatan Audit Negara (JAN) memaklumkan, terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan aktiviti, projek, program kerajaan yang berpunca daripada pelbagai faktor.

Antara faktornya ialah kurang
pemantauan atau penyeliaan oleh pihak berkaitan, ketiadaan penyelarasan antara agensi berkenaan, ketiadaan pangkalan data yang lengkap dan kelemahan dalam
polisi atau prosedur kerja.

“Kelemahan ini menyebabkan program, aktiviti, projek tidak dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan, kualiti kerja tidak memuaskan, kos meningkat dan kerajaan tidak mendapat nilai faedah wang yang dibelanjakan,” katanya hari ini.

Laporan itu turut memaklumkan, sembilan pengauditan yang melibatkan 11 kementerian dengan nilai kos keseluruhan program, projek, aktiviti yang diaudit berjumlah RM41.970 bilion.

“Skop pengauditan meliputi projek-projek yang telah dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) hingga Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12),” ujarnya.

LKAN 2/2024 mula dimuat naik hari ini selepas dibentangkan di Dewan Rakyat, orang awam boleh melayarinya di alamat
http://www.audit.gov.my bermula pada pukul 10 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI