fbpx

3 juta orang terjejas banjir di India, Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK menaiki perahu ketika merentas kawasan dilanda banjir di daerah Morigaon, negeri Assam semalam. – AFP

NEW DELHI – Hujan lebat dan sungai bergelora di seluruh timur laut India dan negara jiran,  Bangladesh mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan orang, kata pegawai-pegawai pengurusan  bencana hari ini dengan lebih tiga juta orang terjejas.

Hujan monsun menyebabkan kemusnahan meluas pada setiap tahun tetapi pakar-pakar berkata,  perubahan iklim telah mengubah corak cuaca dan meningkatkan bilangan kejadian bencana alam.

Pihak berkuasa  negeri Assam di timur laut India berkata, lapan orang terkorban dalam tempoh 24 jam  lalu, menjadikan jumlah kematian akibat hujan lebat sejak pertengahan Mei lalu meningkat kepada  46 orang.

Kira-kira 2,800 kampung di negeri itu telah ditenggelami air dengan lebih 1.6 juta penduduk terjejas.

Ketua Menteri Assam,  Himanta Biswa Sarma berkata,  bencana semasa  itu disebabkan oleh hujan lebat di negeri hulu,  Arunachal Pradesh.

“Tiada campur tangan manusia yang boleh menghalangnya,” kata Himanta.

Sementara itu, di kawasan rendah di Bangladesh,  agensi pengurusan bencana berkata,  banjir telah menjejaskan kira-kira 1.8 juta orang.

Pihaknya memberi amaran bahawa air akan meningkat dalam tempoh tiga hari akan datang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI