fbpx

2,794 kes keganasan rumah tangga dari tahun 2021 hingga 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,794 kes keganasan rumah tangga dilaporkan kepada pihak berkuasa dari tahun 2021 hingga 2023 di seluruh negara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, mangsa membabitkan golongan lelaki dan wanita.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 773 kes dilaporkan di Selangor dengan 81 kes dilaporkan di daerah Klang,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan V. Ganabatirau (PH-Klang) berhubung statistik kes-kes keganasan rumah tangga yang direkodkan di Klang dari tahun 2021 hingga 2023.

Nancy berkata, tindakan terhadap kes keganasan rumah tangga yang berlaku di Klang melibatkan satu kes diberi perintah perlindungan kecemasan.

Menurut beliau, sebanyak tujuh kes diberi perintah perlindungan sementara, manakala sebanyak lima kes diberi perintah perlindungan.

Tambah beliau, sebanyak lapan kes diberi kaunseling di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan 41 kes diberi khidmat nasihat di pejabat JKM.

“Rujuk ke agensi lain sebanyak empat kes dan pindah tinggal berasingan di pusat perlindungan sebanyak tiga kes.

“Pindah tinggal berasingan kembali ke rumah ibu bapa (empat kes), permohonan ditarik balik (satu kes) dan dalam proses siasatan sebanyak tujuh kes,”‘ katanya.

Kata beliau, statistik pecahan kes keganasan rumah tanah mengikut kaum di Klang adalah 37 kes melibatkan bangsa India, Melayu (23 kes), manakala Cina (sembilan kes),

“Bukan warganegara (enam kes), lain-lain bangsa (empat kes) dan peribumi Sarawak (dua kes),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI