fbpx

251 telaga tiub dan 246 pam bergerak hadapi musim kemarau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 251 telaga tiub dan 246 pam bergerak disediakan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi menampung keperluan petani dan penternak yang terjejas akibat bencana seperti banjir dan kemarau.

Timbalan Menteri KPKM, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, Operasi Pembenihan Awan (OPA) untuk meningkatkan paras air di empangan bagi kegunaan pertanian akibat cuaca panas dan kering turut dilaksanakan.

“Antara langkah-langkah segera KPKM menghadapi kesan perubahan iklim adalah melaksanakan sistem Penuaian Air Hujan dan pencarian sumber air Bawah tanah melalui Sistem Telaga Tiub bagi mengatasi masalah kekurangan sumber air semasa musim kemarau.

“Menggunakan sungkupan (mulching) untuk mengekalkan kelembapan tanaman. Menjalinkan kerjasama bersama Jabatan Meteorologi Malaysia untuk menentukan musim penanaman yang sesuai dan membuat penjadualan semula musim penanaman.

“Sekiranya perlu, KPKM akan mendapatkan khidmat nasihat bagi pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) untuk meningkatkan paras air di empangan bagi kegunaan pertanian,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam apakah langkah-langkah persediaan yang telah diambil oleh KPKM dalam menghadapi situasi ketidaktentuan iklim pada masa kini.

Beliau seterusnya menerangkan, penyelenggaraan sistem pengairan dan saliran pertanian secara berkala turut dilaksanakan setiap tahun bagi membolehkan infrastruktur berfungsi dengan baik.

Kata beliau, pada tahun 2024, sebanyak RM80 juta diperuntukan bagi menyelenggara sistem pengairan dan saliran pertanian dalam kawasan jelapang dan luar jelapang.

“Pada tahun 2024, KPKM memperuntukkan RM50 juta melalui Tabung Bencana Pertanian dan RM12 juta melalui Tabung Bencana Tanaman Padi bagi membantu warga agromakanan yang terkesan akibat bencana banjir,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI