fbpx

Yob 75kg masuk perangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor harimau belang jantan dianggarkan seberat 75.5 kilogram (kg) memasuki perangkap dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak di ladang dekat Jalong, Sungai Siput hari ini.

SUNGAI SIPUT – Seekor harimau belang jantan dianggarkan seberat 75.5 kilogram (kg) memasuki perangkap dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak di ladang dekat Jalong di sini hari ini.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, perangkap itu dipasang sejak 20 Jun lalu selepas menerima aduan penduduk berkaitan ternakan mereka diserang haiwan liar.

“Siasatan dijalankan di lokasi dikenal pasti sebaik sahaja kita menerima aduan penduduk dan bertindak memasang perangkap bagi menangkap harimau tersebut.

“Sekitar pukul 1.30 petang tadi, Pejabat Perhilitan Daerah Sungai Siput menerima laporan harimau belang itu masuk ke perangkap yang dipasang sebelum ini,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati harimau dianggarkan berusia dua tahun itu dalam keadaan sihat dan dipercayai dari hutan berhampiran di Hutan Simpan Bukit Kinta.

“Harimau belang dinamakan Yob Jalong itu akan ditempatkan di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI