fbpx

[VIDEO] Aliff, Ruhainies ‘sedondon’ ke mahkamah bagi sebutan kes khalwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliff dan Ruhainies tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekitar pukul 9.05 pagi bagi sebutan kes khalwat.

KUALA LUMPUR – Pelakon sensasi Aliff Aziz dan Ruhainies hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini, pukul 9 pagi bagi pertuduhan kes khalwat.

Kelihatan tenang, Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 33 berharap prosiding hari ini dipermudahkan.

“Terima kasih kepada semua, kami hargai rakan-rakan media yang hadir.

“Tiada apa yang dipinta selain prosiding hari ini berjalan dengan lancar,” katanya.

Sementara itu, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, hanya berharap orang ramai mendoakan yang terbaik.

“Doakan yang terbaik untuk kami semua,” tuturnya ringkas.

Kedua mereka dilihat sedondon mengenakan pakaian serba hitam dan ceria berjalan seiringan memasuki pekarangan mahkamah.

Aliff dan Ruhainies memohon doa daripada orang ramai agar sebutan kes khalwat melibatkan mereka dipermudahkan. – FARIZ RUSADIO

Peguam Syarie Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani yang mewakili dua selebriti tersebut pula memberitahu proses yang akan berlaku di mahkamah pada hari ini.

“Untuk hari ini adalah sebutan di Mahkamah Tinggi untuk rekod pengakuan bersalah atau tidak oleh kedua-dua pihak, “ katanya.

Terdahulu pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.

Kehadiran mereka berdua dipercayai atas tujuan lanjutan bon jamin berkenaan kes tangkap khalwat pada Mac lalu.

Pada 9 Mac lalu, nama Ruhanies hangat menjadi bualan hangat selepas dia dan Aliff ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI