fbpx

Uruguay calon juara Copa America 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Uruguay meraikan kejayaan mereka menewaskan AS 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan C semalam.

MISSOURI – Tonggak pertahanan Uruguay, Mathias Olivera muncul wira pasukannya apabila meledak gol tunggal perlawanan menewaskan Amerika Syarikat (AS) 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan C Copa America 2024 di Stadium Arrowhead semalam.

Ia sekali gus membolehkan La Celeste merekodkan kemenangan bersih 100 peratus daripada tiga perlawanan peringkat kumpulan untuk mengumpul sembilan mata selepas terdahulu menewaskan Panama 3-1 dan Bolivia 5-0.

Biarpun turun tanpa ketua jurulatih, Marcelo Bielsa yang digantung perlawanan dan tempatnya digantikan oleh pembantunya, Pablo Quiroga, namun Uruguay tetap dalam kelas tersendiri untuk dicabar AS sepanjang perlawanan tersebut.

Bielsa dijatuhkan hukuman penggantungan satu perlawanan kerana kesalahannya memasuki padng pada awal separuh masa kedua Ketika Uruguay menewaskan Bolivia minggu lalu.

Kesalahan itu menyebabkan Persatuan Bola Sepak Uruguay turut didenda sebanyak AS$15,000 (RM70,778) oleh pihak penganjur.

Begitupun, ia langsung tidak melemahkan semangat para pemain Uruguay yang berjaya menguasai sebahagian besar perlawanan dengan melakukan lebih banyak percubaan berbahaya berbanding AS.

Tuan rumah dilihat bernasib baik kerana tidak bolos lebih daripada satu gol disebabkan kegagalan penyerang Liverpool, Darwin Nunez menyudahkan beberapa peluang terbaik buat Uruguay.

Kini, Uruguay akan menanti lawan di peringkat suku akhir Sabtu ini iaitu naib juara Kumpulan D sama Brazil atau Colombia yang bakal menentukan kedudukan mereka dalam aksi terakhir hari ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI