fbpx

Titah adendum: Najib gagal peroleh kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini gagal mendapatkan kebenaran bagi membolehkannya mencabar kewujudan titah adendum (tambahan) oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa.

Titah adendum itu didakwa mengandungi titah yang mengarahkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di rumah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh sebelum menolak permohonan itu berkata, semua afidavit yang difailkan untuk menyokong permohonan Najib termasuk oleh Presiden UMNO
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Menteri Besar Pahang adalah dengar cakap (hearsay).

Pada 1 April lalu, Najib memfailkan semakan kehakiman antara lain mendakwa selain perintah pengurangan hukuman penjara dan pengurangan jumlah denda, terdapat perintah tambahan yang membenarkan beliau untuk menjalani hukuman yang dikurangkan kepada ‘tahanan di rumah’ dan bukannya di Penjara Kajang.

Pada 9 April lalu, Ahmad Zahid dalam afidavitnya berkata, beliau dimaklumkan mengenai kewujudan titah terbabit oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz ketika pertemuan di rumah Presiden UMNO berkenaan di Country Heights, 30 Januari lalu.

Pada 21 Mei lalu, Wan Rosdy dalam afidavitnya menyatakan perkara sama dan turut memberitahu beliau mengetahui mengenai titah tersebut selepas dimaklumkan Tengku Zafrul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI