BANGKOK – Seorang penjual ayam goreng di Thailand menjadi sensasi internet kerana memiliki wajah mirip anggota kumpulan Blackpink, Lalisa Manobal, lapor akhbar Liputan6.com hari ini.
Media sosial Thai dihebohkan dengan klip video gadis berkenaan. Dia dikenali sebagai Yeehwa dan berusia 17 tahun.
Dalam satu klip video yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @kingstreetfoods, ‘kembar’ Lalisa Blackpink itu dilihat sedang berniaga di pasar Wat Asokaram di Tambon Thai Ban.
Meskipun pemalu, Yeehwa berkata, dia berminat untuk menceburi industri hiburan.
Dia juga menyertai aktiviti atau pertandingan seumpamanya di sekolah.
“Saya rasa senang apabila dikatakan mirip penyanyi yang dikagumi seperti Lalisa.
“Saya juga gemar apabila dikenali di media sosial dan saya bersedia memasuki industri hiburan jika ada kesempatan,” kata Yeehwa.
Kemiripannya mengundang perhatian orang ramai dan rata-rata, netizen berharap agar Yeehwa dapat mengorak langkah lebih jauh terutamanya dalam dunia hiburan.
“Ini adik lisa,” kata seorang pengguna laman sosial.
“Kerja separuh masa sebelum konsert,” kata netizen lain. – AGENSI