fbpx

Sonny Bill Williams pun buat kerja rumah, basuh bekal anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Sonny melakukan kerja rumah dengan mengemas bekas makanan sekolah anaknya dan mencuci pinggan.

PETALING JAYA – Legenda ragbi New Zealand All Black, Sonny Bill Williams berkongsi rutin malamnya dengan menguruskan sebahagian daripada kerja rumah.

Menerusi video dimuat naik di TikTok miliknya, Sonny dilihat mengemas bekas makanan sekolah anaknya termasuk mencuci pinggan.

Berdasarkan video berdurasi hampir dua minit itu, bekas pemain ragbi berasal dari New Zealand itu turut membersihkan ruangan dapur dengan menyapu sambil mengenakan kain pelikat.

“Salam ‘fam’, akhirnya nak-anak tidur dan saya akan berkongsi dengan anda rutin malam saya.

“Biasanya, isteri saya akan membuat semuanya kelihatan cantik tetapi untuk saya, ia semua tentang kecekapan,” katanya dalam video tersebut.

Dalam pada itu, Sonny turut menitipkan pesanan kepada golongan lelaki supaya meluangkan masa untuk membantu isteri mereka di rumah.

“Rasullah SAW bersabda, sebaik-baik daripada kalangan kamu ialah yang paling baik terhadap isterinya.

“Saya selalu memikirkan perkara itu kerana saya suka membantu isteri saya. Betul, kita (lelaki) perlu memimpin dan berada di barisan hadapan pada masa-masa tertentu tetapi ia bermakna (kita) perlu membantu di rumah juga,” jelasnya.

Untuk rekod, Sonny berkahwin dengan isterinya Alana Williams pada 2013 yang berasal dari Brazil selepas memeluk Islam pada 2008.

Mereka dikurniakan empat anak iaitu Iman, Aisha, Zaid dan Essa yang berusia antara satu hingga lapan tahun.

Sehubungan itu, rata-rata memuji Sonny yang disifatkan sebagai ‘ringan tulang’ dan merupakan seorang suami yang bertanggungjawab.

“Badan ‘sado’ pun relaks sahaja buat kerja rumah. Ini ada yang badan besar angkat penyapu pun tak larat,” kata Teja.

“Hanya satu peratus sahaja isteri dapat suami macam ini dan aku bukan dalam satu peratus itu. Semua aku buat setiap hari,” ujar Fifi.

“Dengan kain pelikatnya. Susah nak tengok suami bertanggunggjawab macam ini sekarang,” jelas Nadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI