fbpx

Selangor, Kuala Lumpur cerah pagi ini, petang hujan lebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca cerah dan baik seluruh negara pagi ini.

Sementara itu, bagi cuaca sebelah petang, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di kebanyakan tempat di Kuala Lumpur dan Putrajaya serta kawasan pedalaman Selangor.

“Hujan lebat berserta ribut petir dijangka tertumpu di beberapa tempat Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, diikuti kawasan pedalaman Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Ribut petir turut diramalkan melibatkan beberapa tempat di Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan, Kudat dan Tawau di Sabah.

“Di Sarawak pula melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang,” katanya.

Dalam pada itu, bagi cuaca sebelah malam, amaran ribut petir dikeluarkan melibatkan beberapa tempat di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Di bahagian Pantai Timur pula, hujan lebat dijangka tertumpu di kawasan pedalaman Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Selain itu, ribut petir turut dijangka di Malaysi di Labuan, Pedalaman dan Pantai Barat, diikuti dengan cuaca hujan di Tawau, Sandakan dan Kudat di Sabah serta keadaan lembap di kebanyakan kawasan di Sarawak,” kata MetMalaysia.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI