fbpx

‘Rider’ wanita terperosok dalam lubang 1.5 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOTOSIKAL milik penghantar makanan wanita terperosok ke dalam lubang di Pattaya. - Foto We Love Pattaya

PATTAYA – Seorang penghantar makanan wanita nyaris maut apabila motosikal yang ditunggangnya terperosok ke dalam lubang di bandar Pattaya pada waktu malam, lapor laman berita The Pattaya News semalam.

Anggota-anggota penyelamat bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan bahawa penunggang motosikal terjatuh ke dalam lubang pembinaan di laluan itu.

Sejurus tiba, mereka mendapati bahawa sejumlah orang berkumpul di sekitar lubang sedalam 1.5 meter itu. 

Mereka kemudian menemui sebuah motosikal berwarna merah yang terperosok ke dalam lubang dan mengalami kerosakan teruk.

Menurut laporan media tempatan, lokasi kejadian agak gelap dengan keadaan lampu jalan yang sedikit. 

Hanya terdapat penghadang dan beberapa kon lalu lintas di sekeliling lubang yang digali untuk projek paip saliran besar itu.

Namun, penghantar makanan berusia 28 tahun tersebut hanya mengalami kecederaan ringan di leher dan kakinya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI