fbpx

PRK Sungai Bakap: PH perlu 80 peratus pengundi untuk menang selesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Joohari (kanan) ketika ditemui pemberita di Sungai Bakap, petang ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Pakatan Harapan (PH) memerlukan kira-kira 80 peratus pengundi untuk keluar mengundi bagi membolehkan gabungan itu menang selesa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, Sabtu ini.

Calon Kerajaan Perpaduan, Dr. Joohari Ariffin berkata, sasaran itu selaras dengan usaha tanpa henti beliau bersama jentera yang bersungguh-sungguh berkempen mendekati pengundi di Sungai Bakap.

“Kita sasar nak capai 80 peratus (undi) ke atas, kita cuba ke arah itu, baru nampak kita bersaing, kan? Kalau kita menang dengan 40 peratus, (pengundi) kita faham.

“Selain itu, pengundi juga lerlu sedar akan tanggungjawab masing-masing kerana mengundi ini bukan sekadar memilih pemimpin tetapi akan menentukan masa depan masyarakat Sungai Bakap.

“Saya amat berharap semua pengundi akan keluar mengundi pada Sabtu ini,” katanya kepada pemberita pada Program Ziarah Kasih di Sungai Bakap di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hampir 85 peratus pengundi telah disantuni dalam tempoh kempen berbaki dua hari lagi.

“Saya rasa setakat ini nampak ok, nampak mereka menyokong kita, yang putih Insya Allah, yang kelabu pun dah nampak ada kecenderungan berpihak belah kita.

“Mereka (pengundi) akan pusing balik (undi PH) seperti mana yang berlaku pada undi lepas, saya yakin,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI