fbpx

Peraturan kerja 6 hari seminggu bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEKERJA beberapa sektor perlu bekerja enam hari seminggu di Greece. - AFP

ATHENS – Greece menjadi negara Kesatuan Eropah (EU) pertama yang menguatkuasakan peraturan bekerja enam hari seminggu dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan produktiviti, lapor agensi berita United Press International.

Dasar itu bagaimanapun mendapat kritikan hebat daripada kesatuan-kesatuan sekerja.

Berdasarkan undang-undang yang mula berkuat kuasa kelmarin, perniagaan swasta yang menawarkan perkhidmatan 24 jam boleh memberikan dua pilihan kepada pekerja.

Pekerja dibenarkan sama ada untuk menambah tempoh bekerja selama dua jam setiap hari atau bekerja syif lapan jam tambahan (hari keenam) dengan kenaikan 40 peratus dalam gaji harian mereka.

Namun, inisiatif itu tidak termasuk pekerja dalam industri perkhidmatan makanan dan pelancongan.

Perdana Menteri, Kyriakos Mitsotakis menganggap peraturan kerja baharu itu sebagai ‘mesra pekerja’ dan bertujuan untuk memastikan kakitangan diberikan bayaran setimpal untuk kerja lebih masa.

Bagaimanapun, seorang ahli jawatankuasa eksekutif Kesatuan Kakitangan Awam Greece, Akis Sotiropoulos berkata, keputusan kerajaan untuk melaksanakan waktu bekerja selama enam hari seminggu adalah bertentangan dengan setiap negara Eropah yang lain.

“Ia tidak masuk akal sama sekali. Apabila hampir setiap negara bertamadun menggubal waktu bekerja kepada empat hari seminggu, Greece memutuskan untuk bergerak ke arah bertentangan,” kata Sotiropoulos.

Pekerja negara itu secara purata bekerja selama 41 jam seminggu yang merupakan paling lama di Eropah, demikian menurut statistik yang disusun oleh agensi EU, Eurostat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI