fbpx

Pemetaan sebenar tentukan lokasi REE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi (tengah) meninjau keadaan kilang ketika turun padang membuat serbuan bersama JAS, JIM dan PDRM di di sebuah kilang memproses sisa eletronik secara haram di Sungai Petani, hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

SUNGAI PETANI – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan membentangkan kertas kerja mengenai perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kertas kerja tersebut akan turut menyentuh mengenai pemetaan sebenar keberadaan mineral itu yang selama ini hanya ditentukan secara anggaran.

“Susulan Mesyuarat Majlis Mineral Negara Ke-3 (MMN Ke-3) semalam dan sebelum itu mesyuarat dengan Kementerian Ekonomi; Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, satu kertas akan dibawa NRES ke MTEN.

“Antara intipatinya nak pastikan di mana lokasi yang betul-betul sesuai untuk diteroka NR-REE kerana buat masa ini kita banyak tinjau dan hanya anggarkan lokasi mineral itu.

“Kedua mahu memastikan bukan sahaja kita dapat hasil secara kasar iaitu bahan mentah itu tetapi untuk memproses sebahagiannya di negara kita seperti yang dilaksanakan di kilang Lynas untuk unsur dari Australia yang berbeza dengan sumber di negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengetuai Op Patuh Bersepadu Pemutihan Kawasan Pengoperasian Kitar Semula Secara Haram di kawasan perindustrian di sini, hari ini.

Tambah Nik Nazmi, kertas berkenaan juga bagi memastikan operasi berkaitan industri mineral dilaksanakan secara lestari untuk mengelak sebarang pertikaian pada masa akan datang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI