fbpx

Pembinaan rangkaian 5G tertumpu di bandar tinggi aktiviti ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Pembinaan rangkaian 5G tertumpu ke kawasan-kawasan bandar yang mempunyai aktiviti ekonomi tinggi.

Dalam masa sama Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, ia juga diperluas ke kawasan-kawasan lain termasuk luar bandar dan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Setakat ini katanya, enam negeri telah mencatatkan peratusan liputan tertinggi iaitu melebihi 90 peratus.

“Ia membabitkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor, Pulau Pinang dan Perlis,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Hassan Saad (PN-Baling) tentang perancangan kerajaan untuk membina lebih banyak pencawang bagi tujuan meningkatkan kadar capaian internet berkelajuan tinggi (5G) di kawasan pedalaman.

Terdahulu beliau berkata, sehingga 31 Mei 2024, Digital Nasional Berhad (DNB) telah menyiapkan sebanyak 7,114 tapak 5G iaitu 81.7 peratus liputan di kawasan berpenduduk di seluruh negara.

“Bagi negeri Kedah pula, sebanyak 385 tapak 5G yang telah dirancang dan 379 tapak telah disiapkan sepenuhnya.

“Ia memberikan 80.1 peratus liputan di kawasan berpenduduk di Kedah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI