fbpx

Pemandu gosok mata punca kemalangan trak pikap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PIKAP berwarna hitam remuk selepas terlibat dengan kemalangan d Chonburi kelmarin. - Foto Berita Chonburi

BANGKOK – Gara-gara menggosok mata ketika memandu, kenderaan dinaiki seorang wanita di Thailand hilang kawalan lalu mengakibatkan kemalangan, lapor laman berita The Pattaya News kelmarin.

Kejadian itu melibatkan dua buah trak pikap dan dua motosikal di wilayah Chonburi pada pagi kelmarin. 

Satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan detik trak pikap hitam terbabas ke seberang jalan sebelum melanggar sebuah trak pikap lain dan dua buah motosikal.

Polis Mueang Chonburi dan anggota kecemasan bergegas ke tempat kejadian berikutan laporan kemalangan itu. 

Tiada sesiapa yang cedera dalam nahas tersebut, namun wanita berkenaan 

menggigil dan enggan memberikan komen kepada pemberita. 

Namun,wanita itu memberitahu polis bahawa dia memandu seperti biasa sebelum menggosok matanya, menyebabkan kenderaan dipandunya hilang kawalan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI