fbpx

Padam gambar, Ayu Ting Ting putus tunang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYU Ting Ting bersama Muhammad Fardhana ketika masih bersama, kini gambar-gambar mereka sudah lenyap dalam Instagram.

ENTAH di mana silapnya secara tiba-tiba tunang kepada penyanyi Ayu Ting Ting, Muhammad Fardhana bertindak memadam foto wanita terbabit daripada Instagram.

Tindakan tersebut membuatkan ramai tertanya-tanya punca pegawai tentera berkenaan berbuat sedemikian.

Sumber pula mendedahkan hubungan pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat itu memang bergelora.

Bahkan individu sama mengakui pertunangan mereka sudah putus sekitar awal bulan lalu tanpa dimaklumkan puncanya.

Begitupun, masing-masing menyimpan rahsia kerana enggan perkara tersebut tersebar di media sosial.

Difahamkan, Muhammad Fardhana yang kini bertugas di luar negara mengambil keputusan menamatkan hubungan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI