fbpx

Minum 4 gelas susu segar sehari cegah kanser usus besar?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. Foto MEDIA SOSIAL.

PETALING JAYA – Individu yang meminum lebih segelas susu segar iaitu lebih 250 gram (g) sehari menunjukkan penurunan perkembangan kanser usus besar sebanyak 15 peratus berbanding mereka yang minum kurang daripada 70 g sehari.

Saintis Utama di Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Suri Roowi, kajian itu dilakukan di lima negara melibatkan 4,992 individu didiagnosis dengan kanser usus besar.

Katanya, untuk mendapat khasiat itu pengguna perlulah mengambil susu segar dan bukannya susu tepung atau susu ‘full cream’.

“Kajian menunjukkan bahan berkhasiat casein akan berkurang jika susu diproses pada suhu tinggi.

“Suhu tinggi biasanya diperlukan dalam proses pembuatan susu tepung.

“Ini bermakna susu segar lebih bagus berbanding susu tepung,” jelasnya menerusi hantaran di Facebook.

Suri berkata, minum empat gelas susu segar setiap hari memberi perlindungan paling tinggi bagi pesakit kanser.

Ujarnya, hasil kajian juga menunjukkan susu segar boleh mengurangkan risiko kanser usus dalam kalangan lelaki dan wanita.

“Beberapa ujian klinikal juga melaporkan penurunan pertumbuhan sel kanser dubur jika meminum susu.

“Terdapat juga kajian menunjukkan pengurangan risiko kanser usus besar sebanyak 12 peratus dengan setiap peningkatan 500 milimeter susu yang diminum.

“Casein adalah bahan berkhasiat yang bertindak antikanser,” terangnya.

Tambah beliau, bahan itu membentuk hampir 80 peratus protein dalam susu lembu.

Casein boleh melindungi usus besar daripada terkena kanser dengan menghalang enzim yang dihasilkan oleh bakteria usus.

Selain itu, bahan ini memberikan kesan yang baik ke atas sistem imun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI