fbpx

Malaysia waspada insiden kematian pemain badminton China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NICOL (kanan) mengiringi Hamidin ketika melawat persiapan pemain di Akademi Badminton Malaysia (ABM) hari ini.

KONTINJEN Malaysia yang menggalas tugas di Sukan Olimpik Paris akan mendapat perkhidmatan ‘kelas A’ terutama oleh pakar perubatan Institut Sukan Negara (ISN) sepanjang berada di temasya empat tahun sekali itu.

Ketika ini, peminat sukan dikejutkan susulan kematian pemain badminton China berusia 17 tahun, Zhang Zhijie yang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas dia rebah semasa perlawanan Ahad lalu.

Timbalan Ketua Kontinjen ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Nicol David percaya ISN akan membawa kelengkapan lengkap selain dibekalkan peranti defibrilator luaran automatik (AED) bagi mengelakkan kejadian seperti itu berlaku menimpa kepada atlet Malaysia.

“Kami ada pasukan ISN yang sentiasa ada untuk membantu para atlet kita. Bagaimanapun ketika di Olimpik semestinya ada pasukan perubatan yang tersedia dan ambulans kerana itu SOP Olimpik yang ditawarkan. Mereka (penganjur) perlu memastikan hal terbabit baru atlet kami dijamin selamat. 

“Setiap acara berlangsung kami yakin bahawa ISN lengkap dengan peralatan untuk membantu kontinjen Malaysia,” kata Nicol ketika lawatan bersama CDM, Datuk Hamidin Mohd. Amin di Akademi Badminton Malaysia (ABM), semalam.

Sebelum ini, ISN mengesahkan bahawa mereka  menghantar 21 pakar ke temasya empat tahun sekali itu yang membuka tirai pada 26 Julai hingga 11 Ogos nanti.

21 pakar ISN akan bekerja 24 jam untuk memastikan segala perkhidmatan diperlukan atlet akan dipenuhi di Paris nanti.

Antara senarai pegawai ISN yang akan ke Paris ialah tiga doktor perubatan, lima fisioterapi, lima juru urut, satu fisioterapi senam, satu pemakanan sukan, dua penganalisis prestasi, satu psikologi sukan, pegawai suaian fizikal serta dua pegawai sekretariat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI