fbpx

Majlis agama bertukar tragedi, 116 maut dalam rempuhan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa insiden rempuhan menerima rawatan di sebuah hospital di Uttar Pradesh semalam. – AFP

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 116 orang mati dalam tragedi rempuhan semasa satu perhimpunan agama Hindu di utara India semalam, kata beberapa pegawai kerajaan.

Orang ramai berkumpul untuk mendengar ucapan seorang agamawan popular dekat bandar Hathras tetapi ketika mereka beredar, ribut debu mencetuskan situasi panik.

Ramai mangsa mati tertindih atau dipijak. Mereka jatuh bertindan dengan sebilangan rebah ke dalam sebuah longkang tepi jalan semasa huru-hara berlaku.

“Pengunjung sedang meninggalkan tempat syarahan apabila ribut debu menyukarkan penglihatan mereka dan menyebabkan tragedi ini berlaku.

“Kami memberi tumpuan bagi menyediakan bantuan dan rawatan kepada mangsa,” kata pesuruhjaya polis bandar Aligarh di negeri Uttar Pradesh, Chaitra V.

Pegawai kanan polis, Shalabh Mathur berkata, lebih ramai pengunjung hadir berbanding bilangan yang dinyatakan dalam permit.

Beberapa jam selepas rempuhan berlaku, Chaitra memberitahu, angka korban ialah 116 orang dan sekurang-kurangnya 18 yang lain cedera.

Sebahagian besar mangsa yang terbunuh ialah wanita. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI