fbpx

Lagi pengarah syarikat ditahan projek lebuh raya RM1 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang di bawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi pemohonan reman hari ini. Foto IHSAN SPRM

UTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua lagi individu melibatkan dua pengarah syarikat sub kontraktor kerana dipercayai terbabit rasuah bagi pembinaan satu projek lebuh raya bernilai RM1 bilion di Lembah Klang.

Perintah reman selama lima hari bermula hari ini terhadap seorang lelaki dan perempuan berusia lingkungan 50-an itu dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin yang membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Sumber berkata, kedua-dua suspek ditahan antara pukul 5 petang hingga 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

“Kedua-dua suspek merupakan pengarah dari syarikat yang sama disyaki memberi rasuah kepada pegawai-pegawai badan berkanun sebagai balasan bagi mendapat kerja-kerja projek pembinaan lebuh raya yang sebelum ini dijalankan satu syarikat lain,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI