fbpx

Kerusi Stadium Shah Alam ditawar percuma bagi PBT, sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja kontraktor giat menanggalkan kerusi dibahagian penonton sebelum kerja-kerja perobohan dilakukan ketika tinjauan di Stadium Shah Alam hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Kerusi yang masih boleh digunakan di Stadium Shah Alam akan ditawarkan percuma kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), pejabat daerah dan sekolah di Selangor.

Ketua Tanggungjawab Sosial dan Komunikasi Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI), Ahmad Azri Zainal Nor berkata, kerusi itu antaranya boleh dipasang di stadium daerah atau astaka.

“Ada yang bertanyakan (ketika) kerja perobohan Stadium Shah Alam, apa jadi dengan kerusi di stadium itu?. Kesemua kerusi itu akan ‘dismantle’ dan diasingkan mana yang rosak, akan dilupuskan. Manakala, kerusi elok akan disimpan di dalam tempat simpanan.

“Kerusi itu turut ditawarkan untuk dipasang di sekolah terutama yang mempunyai astaka di negeri ini,” katanya hari ini.

Terdapat 86,000 kerusi di stadium itu dan kerja-kerja pembukaan bumbung dijalankan selepas semuanya selesai dibuka.

Kosmo! semalam melaporkan perobohan Stadium Shah Alam yang sebelum ini bertangguh sejak tahun lalu akhirnya bermula semalam selepas syarikat pemaju menerima permit kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Kerja-kerja perobohan tersebut sekali gus menandakan pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang mengandungi pelbagai kemudahan termasuk hotel dan pusat beli-belah bersambungan dengan Stesen Aliran Transit Ringan (LRT) 3 di Seksyen 13 itu bermula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI