fbpx

KDN rampas 19,924 alat mainan seks, hasil penerbitan bernilai RM1.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Yusaimi pada sidang akhbar berhubung rampasan pelbagai jenis alat seks dan penerbitan komik lucah pada Ops Cetak 1.0 di KDN, Putrajaya di sini, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) berjaya merampas 19,924 pelbagai jenis alat mainan seks, hasil penerbitan dan mesin cetak tanpa lesen dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM1.2 juta.

Rampasan itu dibuat menerusi Ops Cetak 1.0 yang dijalankan diseluruh negara bermula 1 hingga 14 Jun lalu.

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata, rampasan tersebut merupakan hasil daripada risikan dan intipan dijalankan anggota penguatkuasa secara dalam talian serta premis perniagaan, simpanan dan jualan.

Menurutnya, sepanjang tempoh Ops Cetak itu dijalankan, sejumlah 1,759 premis telah diperiksa membabitkan 119 kertas siasatan dibuka dengan penahanan seramai 50 warganegara dan seorang lelaki warga asing berusia lingkungan 20-an hingga 90-an.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 15,602 unit adalah merupakan alat mainan seks yang disita dengan nilai kira-kira RM540,000 di empat buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Kedah.

“Alat mainan seks adalah bentuk penerbitan yang dilarang di negara ini kerana ia nya berlawanan dengan nilai dan budaya masyarakat di Malaysia. Ia dikhuatiri boleh membawa pengaruh negatif khususnya golongan muda yang akhirnya memberi kesan terhadap psikologi dan memudaratkan moral mereka,” katanya menerusi sidang akhbar di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI