fbpx

‘Jumpa di mahkamah, saya tidak takut pertahankan hak rakyat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Akmal.

PETALING JAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr. Muhamad Akmal Saleh mendedahkan beliau menerima ‘ugutan’ daripada tauke sebuah kilang semalam.

Beliau yang mesra disapa Dr. Akmal berkata, ugutan tersebut diterima melalui sepucuk surat daripada sebuah firma guaman yang mewakili tauke kilang tersebut.

Jelasnya, ‘ugutan’ itu ekoran tindakannya sebelum ini yang mempertahankan 15 penduduk kampung yang diarahkan untuk bercuti tanpa gaji selama empat bulan oleh tauke kilang terbabit.

“Semalam (kelmarin) saya dapat satu surat dari lawyer (peguam) daripada syarikat sebelum ini yang mengarahkan pekerjanya cuti tanpa gaji tanpa ada apa-apa pampasan.

“Dalam surat itu (surat peguam) syarikat berkenaan minta saya turunkan posting (hantaran), minta maaf dan jika tidak dia nak bawa kes itu ke mahkamah,” katanya dalam satu klip video semalam.

Bagaimanapun, Dr. Akmal berkata, dia langsung tidak takut dengan ugutan berkenaan dan sedia ‘berlawan’ di mahkamah.

“Saya nak bagitahu kepada tauke kilang tersebut, nak suruh saya minta maaf, nak tuduh saya fitnah, saya tidak takut.

“In your dream, kita jumpa di mahkamah. Hari ini (semalam) peguam saya akan hantar surat balas untuk lawan di mahkamah.Saya tidak pernah takut untuk melawan hak rakyat dan orang-orang di bawah ini,”tegasnya.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, Dr. Akmal memberi amaran kepada semua majikan serta ‘tauke’ syarikat supaya tidak menindas orang kampung.

Amaran tersebut diberikan selepas dia menerima aduan daripada 15 individu di kawasannya yang diarahkan oleh majikan mereka supaya mengambil cuti tanpa gaji selama empat bulan bermula 1 Julai ini.

Jelas Ketua Pemuda UMNO itu, perbuatan majikan tersebut seolah-olah menindas hak pekerja dan beliau akan membantu pekerja yang ditindas itu untuk mendapatkan pembelaan yang sewajarnya di mahkamah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI