fbpx

Jeritan anak saudara selamatkan ibu tunggal terperangkap kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran di rumah Che Rohana di Kampung Seberang Baroh, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Jeritan seorang anak saudara menyelamatkan nyawa seorang ibu tunggal yang tidak menyedari rumah didiaminya sedang marak terbakar dipercayai akibat litar pintas di Kampung Seberang Baroh di sini semalam.

Dalam kebakaran pada pukul 5.30 petang itu, Che Rohana Mohamad, 61, tinggal bersendirian setelah anak lelakinya, Abdul Hadi Abu Bakar, 35, keluar ke bengkel berhampiran untuk membaiki motosikal.

Che Rohana berkata, dia pada mulanya tidak menyedari kebakaran tersebut kerana berada di dalam tandas sehinggalah terdengar jeritan salah seorang anak saudaranya.

“Saya terdengar bunyi kuat seperti mercun sewaktu mengambil wuduk di dalam tandas untuk menunaikan solat asar tetapi tidak mengendahkannya.

“Sebaik keluar tandas, saya terdengar jeritan salah seorang anak saudara yang memberitahu rumah sedang terbakar dan menyuruh segera keluar menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di Kampung Seberang Baroh di sini hari ini.

Che Rohana berkata, dia tidak berfikir panjang terus berlari keluar rumah tanpa mengambil apa-apa barangan berharga dan dokumen peribadi.

Tukang jahit itu berkata, dia dan anaknya, Abdul Hadi tinggal sehelai sepinggang dengan semua barangan peribadi mereka termasuk mesin jahit dan peralatan menjahit lain musnah dalam kebakaran itu.

“Paling merunsingkan adalah pakaian yang ditempah pelanggan juga turut habis terbakar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI