fbpx

198 peralatan Bitcoin bernilai RM198,000 dilupus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jaimi melihat kerja pelupusan peralatan perlombongan Bitcoin di IPD Kota Samarahan, hari ini.

KOTA SAMARAHAN – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan melupuskan sebanyak 198 peralatan yang digunakan dalam kegiatan perlombongan Bitcoin dianggarkan bernilai RM198,000 hari ini.

Ketua Polis Daerah Samarahan Deputi Superintendan Jaimi Husin berkata, kerja-kerja pelupusan itu dilakukan oleh syarikat pengurusan sisa buangan, Trienekens (Sarawak) Sdn. Bhd dengan turut disaksikan pihaknya dan juga Syarikat SESCO Berhad (SESCO).

“Pelupusan barang kes ini dilakukan setelah mendapat arahan pelupusan barang kes oleh mahkamah,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Simbolik Pelupusan Barang Kes Mesin Melombong Bitcoin di IPD Kota Samarahan di sini, hari ini.

Menurutnya, kesemua peralatan itu adalah daripada kes yang diselesaikan dari 2021 dan 2022, yang dirampas daripada kegiatan perlombongan Bitcoin yang beroperasi di sekitar bahagian ini.

“Kegiatan itu dikesan SESCO apabila pengendali perlombongan Bitcoin memotong kabel di bangunan kosong itu untuk membuat penyambungan elektrik secara haram,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata tiada tangkapan dibuat daripada kes tersebut, dalam serbuan yang dilakukan ke atas sebuah bangunan kosong yang disyaki menjalankan aktiviti berkenaan.

Jaimi berkata selepas serbuan dan rampasan dilakukan ke atas kes berkenaan, pihaknya dan SEB tidak lagi menerima maklumat mengenai kegiatan perlombongan bitcoin di bahagian ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI