fbpx

Hubungan diplomatik dengan China tidak jejaskan kedaulatan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan tetap menegaskan pendirian dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang ancaman luar termasuk China.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin, berkata, ia tetap dilakukan walaupun Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang akrab dengan negara berkenaan.

Menurut beliau, perbincangan bersama China akan dilakukan menerusi platform sedia ada terutamanya perkara berkaitan Laut China Selatan.

“Kedua-dua negara ketika ini sedang berunding dalam usaha memuktamadkan kod tatakelakuan (COC) di Laut China Selatan.

“Malaysia juga akan manfaatkan kerangka ASEAN sedia ada untuk berunding dan berbincang dengan China,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Selain itu katanya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam lawatannya ke China sebelum ini juga ada mengenengahkan agenda serantau dan antarabangsa meliputi isu membabitkan kedua-dua negara.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Zakri Hassan (PN-Kangar) tentang pendirian negara berkaitan tindakan China yang dilihat cuba melebarkan kuasa di Laut China Selatan.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, Malaysia akan menggunakan peluang sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan sebaiknya dalam mengukuhkan kerjasama dengan China serta lain-lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI