fbpx

Hilang di Kuala Pilah, tiga kanak-kanak ditemui selamat di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang dari pusat jagaan anak-anak yatim dan terbiar, di daerah ini, Jumaat lalu ditemukan di Simpang Bekoh, Melaka, malam tadi.

KUALA PILAH – Tiga kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang dari pusat jagaan anak-anak yatim dan terbiar, di daerah ini, Jumaat lalu ditemukan di Simpang Bekoh, Melaka, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, ketiga kanak-kanak perempuan berkenaan di bawa ke Balai Polis Simpang Bekoh selepas mendapat maklumat daripada orang awam mengenai keberadaan mereka.

Menurutnya, kira-kira pukul 9 malam, pihak Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuala Pilah memeriksa tiga kanak-kanak perempuan Melayu bersama dua perempuan dewasa Melayu di Balai Polis Simpang Bekoh.

“Hasil pemeriksaan mendapati ketiga-tiga kanak-kanak tersebut merupakan kanak-kanak yang dilaporkan hilang dari sebuah pusat jagaan anak-anak yatim dan terbiar di Taman Cemerlang Kuala Pilah.

“Ketiga-tiga kanak-kanak tersebut telah dijumpai dalam jagaan nenek berusia 67 tahun kepada salah seorang kanak-kanak tersebut.

“Kesemua kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serta diserahkan semula kepada pihak pengurusan pusat jagaan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan ketiga-tiga mereka yang berusia antara 11 hingga 14 tahun itu dilaporkan hilang dari sebuah pusat jagaan anak-anak yatim milik badan bukan kerajaan (NGO) dan laporan kehilangan dibuat oleh pusat jagaan tersebut pada hari sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI