fbpx

Hadiri graduasi Dante, Tamara Tyasmara menangis teresak-esak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAMARA masih sangat terkesan dengan kematian anak tunggalnya, Dante yang mati dibunuh enam bulan lalu.

ANAK Tamara Tyasmara, Dante genap enam bulan meninggal dunia akibat dilemaskan di sebuah kolam renang sekitar awal tahun ini.

Kematian tragis yang berpunca daripada tindakan kekasih pelakon terbabit mencetuskan kemarahan umum, masing-masing terkejut dan mengutuk perbuatan zalim sebegitu.

Sehingga kini, Tamara juga masih bersedih. Kesedihannya jelas terlihat ketika sekolah anaknya itu menganjurkan majlis graduasi buat pelajarnya, baru-baru ini.

Sepatutnya Dante atau nama sebenarnya Raden Andante Khalif Pramudityo, 6, meraikan hari bersejarahnya bersama teman sekelas yang lain.

Situasi tersebut membuatkan ibu tunggal terbabit menangis teresak-esak melihat sudut penghormatan disediakan pihak sekolah yang berhias gambar Dante bersama bunga-bungaan dan barang mainan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI