fbpx

Euro 2024: Turkiye ‘calar’ ego Austria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain pertahanan Turkiye, Ferdi Kadioglu meraikan kejayaan Turkiye mara ke suku akhir selepas wisel penamat sebentar tadi.

LEIPZIG – Pasukan Türkiye terus mempamerkan prestasi luar biasa pada kempen Euro 2024 selepas mara ke pusingan suku akhir apabila menewaskan Austria 2-1 di peringkat kalah mati sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Red Bull Arena itu, skuad The Crescent Stars itu mengejutkan Austria seawal minit pertama apabila meraih gol menerusi ledakan pemain pertahanan, Merih Demiral.

Tersentak dengan gol tersebut, Austria berusaha untuk memburu gol penyamaan dan hamper mengikat kedudukan pada minit ke-5 tetapi percubaan Romano Schmid berjaya dihalang Demiral.

Pada penghujung babak pertama, skuad kendalian Ralf Rangnick itu sekali lagi mencipta peluang keemasan menerusi Marcel Sabitzer, namun gagal disudahkan oleh Christoph Baumgartner.

Bersambung pada separuh masa kedua, Austria semakin ghairah untuk memburu gol penyamaan tetapi kali ini penjaga gol Türkiye, Mert Gunok cemerlang menepis rembatan kapten, Marko Arnatovic pada minit ke-51.

Austria semakin tertekan apabila Turkiye berjaya menggandakan kelebihan selepas menanduk masuk sepakan penjuru yang diambil Arda Guler pada minit ke-59.

Bagaimanapun, gol yang dicari Austria akhirnya tiba menerusi penyerang gantian, Michael Gregoritsch yang bijak menyudahkan sepakan penjuru pemain pertahanan, Stefan Posch berselang tujuh minit kemudian.

Austria menggandakan asakan dalam usaha menyamakan kedudukan dengan peluang terbaik tiba pada masa kecederaan tetapi percubaan Baumgartner diselamatkan oleh Gunok dengan keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat.

Keputusan tersebut menyaksikan Turkiye yang dikendalikan oleh Vincenzo Montella bakal berentan dengan Belanda pada aksi suku akhir minggu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI