fbpx

ESSCOM rampas syabu, tiga senapang angin dalam ladang sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ESSCOM merampas dadah jenis syabu bernilai RM24,500 selain tiga laras senapang angin buatan sendiri dalam serbuan di sebuah ladang sawit di Jalan Jeroco, Lahad Datu, tengah hari kelmarin. Foto ESSCOMM

KOTA KINABALU – Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) merampas dadah jenis syabu bernilai RM24,500 selain tiga laras senapang angin buatan sendiri dalam serbuan di kawasan penagihan dan pengedaran dadah di sebuah ladang sawit di Jalan Jeroco, Lahad Datu, tengah hari kelmarin.

Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos berkata, pihaknya turut merampas 50 butir peluru guli, 10 bilah pisau taji ayam sabung, empat bilah parang dan tiga bilah kapak.

“Kita menahan dua lelaki warga Indonesia dan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan untuk disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Tindakan pantas pasukan khas ESSCOM melalui kerjasama dan dibantu Polis Bantuan di ladang itu menyerbu kawasan penagihan dan pengedaran dadah mencerminkan komitmen dan jaminan ESSCOM dalam mengurangkan Jenayah Rentas Sempadan (JRS),” katanya dalam kenyataan media hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI