fbpx

Dewan Rakyat kecoh, Shahidan dakwa DAP suruh tutup Kemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenyataan Shahidan bahawa DAP pernah cuba untuk menutup Kemas membuatkan Dewan Rakyat kecoh seketika.

KUALA LUMPUR – Dakwaan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini yang mendakwa DAP sebelum ini mahu menutup Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), membuatkan Dewan Rakyat gamat seketika.

Tindakan Shahidan itu menimbulkan reaksi kurang senang RSN Rayer (PH-Jelutong) dan Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang mendesak supaya beliau menarik balik kenyataan tersebut.

“Kami tak pernah cakap nak tutup Kemas ya, tolong.

“YB (yang berhormat) menipu. Tarik balik kenyataan yang keterlaluan dan melampau!,” gesa kedua-duanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang (RUU) (Pindaan) 2024.

Terdahulu, Shahidan mencadangkan supaya audit dilakukan berkaitan peruntukan Ahli Parlimen.

“Saya minta auditkan apa yang sudah diberi. Peruntukan itu diberi kepada siapa? Saya dengar, diberi kepada Kemas. DAP nak tutup Kemas. Kami pertahankan Kemas,” ujarnya.

Dalam masa sama, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng turut menggesa Shahidan melakukan perkara sama.

“YB Arau, Jelutong membangkitkan peraturan mesyuarat supaya YB tarik balik kenyataan itu. Tarik balik. Adun sudah lupa, tapi kami masih ingat, okey.

Walaubagaimanapun, Shahidan tetap bertegas enggan berbuat demikian malah sebaliknya menggesa supaya RSN Rayer menarik semula perkataan ‘menipu’ yang ditujukan kepadanya.

“Saya nak tarik apa? Saya tak tahu apa yang nak ditarik. Saya cakap, kita kena selesaikan dengan elok, cara adik-beradik.

“Cadangan daripada kerajaan PH masa itu, DAP dalam kerajaan. Tarik balik perkataan menipu. Tarik balik! Saya kata kerajaaan masa itu dianggotai oleh DAP sama-sama nak suruh tutup Kemas, PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) dan Biro Tatanegara (BTN). Tarik balik perkataan menipu!,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI