fbpx

Buruh didakwa pecah rumah, cabul jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa Mohd. Fadhli (tengah) untuk didakwa atas dua pertuduhan pecah rumah dan mencabul jirannya di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan jenayah pecah rumah dan mencabul kehormatan seorang wanita yang juga jirannya pada minggu lalu.

Tertuduh, Mohd. Fadhli Mukhtar, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memecah masuk sebuah rumah untuk menyerang seorang wanita yang berusia 27 tahun secara seksual.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd. Fadhli didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan mangsa yang sama.

Kedua-dua pertuduhan itu dilakukan di sebuah rumah di sini kira-kira pukul 7 pagi pada 29 Jun lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Ahmad Faiz Fitri tidak menawarkan sebarang jaminan dengan alasan bahawa tertuduh melakukan kesalahan yang serius.

Tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah menetapkan satu jumlah ikat jamin atas kedua-dua pertuduhan tersebut.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan iaitu tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan selain perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan.

Mahkamah turut menetapkan 4 Ogos depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Tertuduh tidak membayar ikat jamin yang ditetapkan mahkamah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI