fbpx

Buaya gergasi berkeliaran tengah jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR buaya berkeliaran di atas jalan raya di Ratnagiri. - Foto x.com/ParveenKaswan

NEW DELHI – Seekor buaya gergasi dirakam berkeliaran di sebatang jalan pada waktu malam di daerah Ratnagiri, India, lapor laman berita Wion News semalam.

Seorang lelaki yang memandu beca bermotor merakam pergerakan buaya tersebut menggunakan kamera telefon bimbit.

Menurut orang ramai, mereka melihat kelibat reptilia sepanjang 2.43 meter itu berjalan melalui kawasan Chiplun selepas hujan turun. 

Hujan lebat melanda kawasan pantai Ratnagiri, menyebabkan ramai penduduk mengesyaki bahawa buaya itu mendiami sebatang sungai berdekatan.

Sungai Shiva dalam masa sama sememangnya terkenal sebagai habitat buaya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI