fbpx

Biden hampir tertidur ketika berdebat dengan Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan Biden (kanan) dan Trump (kiri) semasa debat minggu lalu. - AFP

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengakui bahawa beliau mempamerkan prestasi hambar ketika sesi debat dengan pesaingnya, Donald Trump pada minggu lalu sehingga membuatkan beliau hampir tertidur, lapor laman berita NBC News.

Biden berkata, sebelum debat yang diadakan di Atlanta itu menjelang pilihan raya Presiden pada November ini, beliau banyak melakukan perjalanan dalam dan luar negara.

Beliau turut mengakui tidak melakukan tindakan bijak kerana melawat banyak negara asing beberapa minggu sebelum debat itu berlangsung.    

“Saya memutuskan untuk mengembara ke seluruh dunia beberapa kali sejurus sebelum perdebatan.

“Saya tidak mendengar cakap kakitangan dan kemudian hampir tertidur di atas pentas,” kata Biden pada majlis pengumpulan dana kempen pilihan raya di McLean, Virginia.

“Ia bukan alasan tetapi penjelasan,” tambah presiden berusia 81 tahun daripada Parti Demokrat itu.

Pembantu Biden sebelum ini berkata, beliau mengalami selesema ketika berdebat dengan Trump dari Parti Republikan dan merupakan Presiden AS sebelum Biden.

Pemimpin itu turut memohon maaf berikutan prestasi hambarnya dalam debat berkenaan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI