fbpx

Bahaya makan biji kecubung, boleh jadi halusinasi 2 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KECUBUNG

PETALING JAYA – Seorang remaja dilaporkan mengalami keracunan selepas mencuba memakan biji kecubung untuk mendapatkan kesan halusinasi.

Menerusi hantaran oleh Public Health Malaysia (PHM) di laman X, individu tersebut akan mengalami halusinasi visual dan kekeliruan pada dua jam pertama.

“Kesan racun kecubung itu juga menyebabkan peningkatan dalam degupan jantung serta penglihatan yang akan mula kabur.

“Kecubung (datura) mengandungi alkaloid tropana yang boleh menyebabkan keracunan serius jika dimakan atau dihirup.

“Di unit kecemasan, remaja tersebut diberikan charcoal untuk mengurangkan penyerapan toksin dalam saluran pencernaan dan pemberian benzodiazepin untuk merawat keresahan dan halusinasi,” ujarnya.

Menurut PMH, keseluruhan pokok kecubung memang disahkan mengandungi bahan bahaya.

Dalam pada itu, PMH menyeru kepada semua agar berhati-hati terutama untuk golongan kanak-kanak.

Pokok kecubung banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana bunganya yang cantik dan unik manakala buah atau bijinya berwarna coklat dan mempunyai duri-duri halus diluarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI