fbpx

Air Empangan Bukit Merah menyusut ke paras bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini sekitar Empangan Bukit Merah, Perak. Foto JPS Daerah Kerian.

PETALING JAYA – Empangan Bukit Merah di Perak diancam mengalami krisis kekurangan bekalan air mentah apabila baki simpanan air empangan terbabit menunjukkan penyusutan di paras bahaya.

Agensi Pengurusan Bencana (Nadma) dalam satu kenyataan memaklumkan, stok simpanan air mentah di empangan tertua negeri Perak itu mencatatkan bacaan di paras bahaya dengan 17.44 peratus baki simpanan air direkodkan.

“Selain itu Empangan Muda di Kedah masih tersenarai di paras bahaya dengan baki simpanan stok semasa air mentah 22.85 peratus direkodkan.

“Empat lagi empangan berada di paras amaran iaitu Empangan Malut, Kedah (34.80 peratus), Empangan Teluk Bahang, Pulau Pinang (39.60 peratus), Empangan Timah Tasoh, Perlis (43.44 peratus) dan Empangan Pedu, Kedah (52.56 peratus),” katanya.

Dalam pada itu, menerusi hantaran di laman Facebook Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kerian, berikutan penyusutan baki simpanan air mentah di Empangan Bukit Merah, kerja-kerja pengaliran air ke kawasan pertanian berada dalam status henti bekalan pengairan.

“Melihat kepada paras air empangan yang menyusut hingga ke paras 20.00 kaki (6.096m), bekalan air ke sawah akan dihentikan sementara waktu sehingga paras air empangan kembali pulih,” katanya dalam sebuah hantaran pada 28 Jun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI