fbpx

Wanita halang buang barang arwah anak 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan barang yang disimpan termasuk baju terakhir dipakai oleh anaknya. - Merdeka.com

JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial di Indonesia memaparkan perkongsian seorang wanita yang sanggup menyimpan semua barang milik anaknya yang sudah meninggal dunia, lapor akhbar Merdeka.com semalam. 

Lebih menyayat hati, barang-barang itu diletakkan di tempat asalnya seolah-olah arwah masih hidup. 

“Semua barang ini masih terletak di tempatnya seperti sedia kala. Tidak ada yang boleh memindahkan semua ini ke tempat lain,” kata wanita itu. 

Dia juga masih menyimpan baju terakhir yang dipakai oleh anaknya sebelum disahkan meninggal dunia di hospital. 

Pada masa sama, dia bersama suaminya dikatakan sering menziarahi kubur untuk melepaskan rindu selepas 40 hari pemergian anak kesayangannya itu. 

Perkongsian itu menjadi tular dan meraih sebanyak 7 juta tontonan. 

“Gambar itu segera dipadamkan agar tidak teringat selalu,” kata seorang pengguna laman sosial. 

“Kamu harus kuat, saya belum tahu bagaimana rasanya kerana tidak mempunyai anak dan masih belum berkahwin. Tetapi sedih selepas tengok perkongsian ini,” kata netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI