PETALING JAYA – Siapa sangka lambaian terakhir seorang bapa sebelum berangkat ke Tanah Suci bersama isteri pertengahan Mei lalu, merupakan yang terakhir.
Menerusi perkongsian anaknya, Wanie Zaidie, bapanya terkena serangan jantung dan meninggal dunia pada 13 Jun lalu di Makkah Medical Centre selepas seminggu bertahan.
Video berkenaan turut memaparkan detik sayu ketibaan ibunya dari Tanah Suci dan disambut dengan pelukan ahli keluarga yang lain.
“Pergi berdua, balik sendirian. Hanya bertemankan cinta abadi yang sentiasa subur dalam jiwa.
“Mental dan fizikal mak kuat. Mak juga hebat macam ayah. Mak kata ayah tengah tunggu kita semua kat syurga.
“Walaupun mak nampak kuat secara fizikalnya, tapi kami semua tau mak berusaha berlawan dengan emosi dalam sanubari,” kongsinya di TikTok.
Dalam masa sama, dia turut berjanji akan menjaga ibunya bersama adik-beradik yang lain.
“Mak jgn risau, sampai kiamat kami enam beradik akan jaga dan pertahankan mak. Sumpah, Kami sayangkan mak. Tiada siapa boleh sakitkan mak selagi ada kami di sisi. Kini, kami hanya ada mak di bumi ini.
“Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup kita tanpa ayah di dunia ini. Semoga semuanya baik dan indah-indah sahaja. Insya-Allah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
@wanie_zaidie8510 Alhamdulillah mak dah selamat smpai dalam dakapan kami anak2 nya pada 29.06.2024🥰 Alhamdulillah mak sihat dan baik2 saja. Cuma ada sedikit batuk2. Mental dan fizikal mak kuat. Mak juga hebat mcm ayah🥰Mak kata ayah tgh tggu kita smua kat syurga🥰 Walaupun mak nmpk kuat secara fizikalnya, tapi kami smua tau mak berusaha melawan dgn emosi dalam sanubari. Mak jgn risau, sampai kiamat kami 6beradik akan jaga dan pertahankan mak. Sumpah, Kami sayang mak sgt2. Tiada sapa yg boleh sakitkan mak selagi ada kami di sisi. Kini, kami hnya ada mak di bumi ini🤍 Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup kita tanpa ayah di dunia ini. Semoga smuanya baik2 dan indah2 sahaja. InsyaAllah🤍🤍🤍 Hasbunallah wanikmal wakeel…. #kenanganhaji1445H #haji1445H #hajimabrur #hajidanhajjah #jemaahtabunghaji #tabunghajiterbaik #makjugainsanhebat #sayangmak #alfatihahayah #fyp #fypage ♬ original sound – Wanie_zaidie8510