fbpx

[VIDEO] Ingatkan tikus, rupanya memerang masuk kedai makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan dua ekor memerang berkeliaran di kedai makan

PETALING JAYA – Dua ekor memerang kelihatan berkeliaran di sebuah kedai makan mengejutkan orang ramai kerana menyerupai seakan-akan tikus besar.

Menerusi perkongsian video TikTok oleh @selectedentertainment, memerang tersebut berlari-lari di restoran itu menyebabkan pelanggan tidak tenang untuk makan kerana kelakuannya yang agak kasar sedikit berbanding kucing.

Menurut pemilik video, haiwan tersebut tidak diketahui dari mana datangnya malah tidak pernah dilihat di kawasan kedai makan itu.

Meninjau ke ruang komen rata-rata pengguna media sosial tahu itu adalah memerang kerana jelas bentuk badannya yang berlainan dengan rupa seekor tikus.

“Itu memerang namanya, saiz tikus kalau besar pun tak adalah sampai tahap dua kaki, lagipun mereka tak akan berani keluar bila ada ramai orang,” komen @haziqah

“Kalau itu tikus, semua orang yang sedang makan di kedai tersebut mesti berpusu-pusu lari nampak tikus rupa gergasi,” komen @june.

“Comelnya memerang ini, dia buat kedai mamak jadi taman permainan pula, boleh jadi tarikan orang ramai,” komen @zuria.

Sehingga kini, video tersebut mendapat 948,000 tontonan, 20,300 tanda suka serta 2,000 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

@selectedentertainment besar weyyy… first time tengok besar besar kucing ni.. 🤮🤮🤮 #xyzbca #tt #wildanimals #letsbeclear #fyppppppppppppppppppppppp #justforyou #fypシ゚viral ♬ ALAMAKKK – [ 𝑻𝒀𝑪 ] 𝐒𝐡𝐚𝐚𝐒𝐨𝐦𝐞𝐥♡

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI