fbpx

[VIDEO] ‘Rambut panjang tak masuk neraka, tahu tak?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar situasi bapa mengamuk di sebuah sekolah agama yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Seorang bapa mengamuk di hadapan sekolah agama gara-gara rambut anaknya digunting ustaz tanpa keizinan.

Guru itu berbuat demikian kerana pelajar terbabit melanggar peraturan dengan menyimpan rambut panjang.

“Rambut panjang tak masuk neraka, kau tahu tak? Rasulullah rambut macam mana? Aku tanya kau,” tengking bapa pelajar itu sebagai tanda protes dengan tindakan guru terbabit.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang tular sejak semalam, lelaki tersebut datang ke sekolah dan memarahi guru di hadapan anaknya dan beberapa individu lain.

“Yang kau (guru) usik ini bukan anak binatang, kau tahu? Anak aku, kau faham?,”soalnya.

Video tersebut turut mendapat perhatian ramai pihak.

Rata-ratanya mengecam tindakan lelaki itu kerana tidak peka dengan peraturan sekolah yang melarang pelajar berambut panjang dan cara pemotongan juga mengikut arahan Kementerian Pendidikan.

“Bapa budak itu tak tahu peraturan sekolah? Anak dia baru pertama kali sekolahkah? Berzaman sekolah larang rambut pelajar panjang. Datang serang macam ini seperti buka aib sendiri,” tegur Ruhaizat.

“Mak bapa macam ini yang membuatkan anak jadi teruk, jadi pembuli, kurang ajar dengan guru. Sebab mak bapa ajar anak, dan anak tengok apa yang mak bapa buat dan dia belajar dari pengalaman. Memang kurang ajar cara bapanya,” kata Norshahida. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI