fbpx

Unit Terkelas Bukit Aman ambil alih penyebar gambar mayat Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein ketika sidang akhbar di Mess Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini. - Foto oleh SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM – Kes penyebaran gambar memaparkan kecederaan pada mayat Zayn Rayyan Abdul Matin kini disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini selepas bahan bukti tersebut diviralkan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.

Katanya, pihak menerima laporan berkaitan penularan gambar berkenaan dua hari lalu.

“Seperti dimaklumkan sebelum ini ada laporan polis terhadap bahan bukti yang telah diviralkan dan siasatan diambil USJT Bukit Aman,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada wujud penglibatan orang dalam berhubung penyebaran gambar tersebut, Hussein menegaskan perkara itu dalam siasatan polis.

Sebelum ini, tular beberapa keping gambar dikatakan berkaitan keadaan mayat Zayn Rayyan ketika prosedur proses bedah siasat di laman aplikasi Telegram.

Menjelaskan mengenai perkembangan kes dua termasuk kanak-kanak lelaki yang maut akibat keracunan makanan dalam program sebuah sekolah agama di Gombak, Hussien memaklumkan polis telah merakam keterangan seramai 22 individu setakat ini.

“Kita akan rujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI