fbpx

Usaha sama Alphaswift, Aerodyne hasilkan dron berteknologi AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shian Lee (kanan) pada majlis pemeteraian MoU antara Alphaswift dengan Aerodyne baru-baru ini.

CYBERJAYA – Alphaswift Industries (Alphaswift) optimistik terhadap kerjasama strategik yang dijalankan dengan Aerodyne Group (Aerodyne) bakal memberi peluang kepada syarikat untuk menjadi pengeluar dron berkualiti tinggi dengan kecekapan terbaik selain dapat meme­nuhi keperluan pelanggan daripada pelbagai bidang industri.

Ketua Pegawai Eksekutif Alphaswift, Dr. Shian Lee berkata, perbincangan sebelum ini telah berjaya dimuktamadkan dan langkah seterusnya adalah untuk menghasilkan dron yang sebelum ini memiliki teknologi hibrid bakal dipertingkatkan lagi dengan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Pesawat dron yang dihasilkan itu bersesuaian untuk memenuhi keperluan Aerodyne yang terlibat dalam sektor pertanian dan ia bakal mengambil alih pekerjaan rumit yang dilakukan para pekerjanya untuk kerja-kerja menyembur racun serangga, baja dan kawalan jangkitan penyakit.

“Kami akan membekalkan dron yang kukuh, cekap dan berkualiti tinggi serta memfokuskan kepada automasi AI, manakala bagi Aerodyne pula, ia akan membekalkan platform aksesori dan juga perisian aksesori.

“Kerjasama ini juga akan me­langkaui batasan segmen dalam industri dron yang sebelum ini tertumpu kepada teknologi ­hibrid kepada teknologi kece­kapan AI,” katanya ketika di­temui selepas majlis pemeteraian MoU antara dua entiti tersebut di sini baru-baru ini.

Selain itu, Ketua Pegawai Produk Agrimor Aerodyne, Raz­wan Zakaria menjelaskan, melalui kerjasama tersebut, pihaknya bakal memenuhi keperluan pe­langgan dalam masa terdekat ini untuk digunakan dalam sektor pertanian.

Hasil kerjasama ini, pesanan untuk penggunaan 10 dron yang memiliki kecekapan teknologi AI digunakan untuk sektor perladangan sawit akan dapat di­segerakan pada bulan ini.

“Kami kini memiliki 5.8 juta hektar ladang dan juga 6.8 juta hektar ladang pertanian di indonesia yang mana keperluan yang tinggi untuk dron,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI